Friday, April 27, 2012

Eighth Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Malam tadi konon mata ni nak tahan ngantuk la. Malam tadi pon pukul 2 pagi tak tidur lagi. Since member cakap boleh check result through email. Tapi refresh banyak kali tak masuk jugak. So, go to bed la. Tidur.


Masa tengah syok tidur to mimpi bukan-bukan pulak yang aku dapat DL. haha. Mungkin terlalu fikirkan result to sampai terbawak-bawak ke mimpi to kan. Ee teruknya. Pagi tadi bangun saja lengah-lengahkan masa malas nak terus on laptop. Cehh padahal tangan ni dah separuh parkinson lagi kan jantung separuh isi nak terkeluar. over tau.


And now my result, serius macam tak percaya dan sangat bersyukur sebab mimpi aku jadi kenyataan. Alhamdulilah.


dean list

Akhirnya usaha aku selama ni berbaloi jugak. Tak sia-sia aku stay sorang-sorang kat kolej dalam bilik time final. Walaupun hati ni takot seram sejuk. haha. Tapi ini baru permulaan. Baru semester satu. InsyaAllah aku akan kekal kan pointer ni sampai habis semester.  

Tak sabar nak masuk semester baru. Subjek baru. Lecturer baru. Tapi old classmates. Tahniah kepada dua tiga orang budak kelas aku yang dapat dean list to. And kepada semua tahniah jugak. Happy sangat sebab mak abah bangga dengan result aku. Itu saja yang aku mampu untuk balas jasa dorang dengan buat dorang tersenyum.

Thursday, April 26, 2012

Seventh Entry

Assalamualaikum.


dupdapdupdap. macam to lah jantung aku sekarang. 
kenapa?
sebab result untuk semester 1 nak keluar esok pagi.
wow! serammmmmmmmmm..


Sekarang ni tengah dok kecoh kat facebook dengan twitter pasal result ni.
Aku malas nak fikir-fikir ni sebab aku tengah sakit kepala tapi kawan-kawan masing bising siap sent message wish luck. Kat group kelas aku jangan cerita la semua tengah kalut. Ada yang nak demam la. Kelakar je.


Aku kalau boleh esok pagi bangun bukak portal masukkan id, masukkan password pastu log in. Pastu check result. mudah kan. Apa yang kita dapat to terima jela dengan ucapan Alhamdulilah. Sebab kita dah buat yang terbaik masa final haritu.


So, kepada budak UiTM especially UiTM KAmpus Alor Gajah, course Diploma in Office Management and Technology, classmates aku MOM1141A, good luck kau orang. Aku doakan yang terbaik untuk korang. Rindu gila kat kau orang semua.


cari la mana aku. kehkeh

Wednesday, April 25, 2012

Fifth Entry

Assalamualaikum


waahh! Dashboard blogger newlook la. Tahniah la kepada owner blogger. Sebab sudah buat perubahan yang sangat besar dalam dunia blog. Perubahan ni banyak memeningkan kepala aku. Sebab nye macam berterabur je. Tak faham. Yang pastinya tak best la. Memang tak best. Tadi aku nak new post pon punya la loading dia lembap gila. hm. Tapi disebabkan aku ni seorang blogger yang tegar. cehh! Aku support jela perubahan yang telah di buat ni. 


Printscreen dashboard aku

By the way, sekarang aku dah ada Twitter tau. haha. Best jugak layan twitter ni sebab kita boleh luahkan apa yang kita nak kat situ. Nak follow silalah, tak nak takpe. @syimaharun. kbye

Wednesday, April 11, 2012

Forth Entry

Aku selalu lemah untuk diri sendiri
Tapi aku berlagak kuat depan semua orang
Aku selalu menangis sendiri
Tiada siapa pon yang faham perasaan aku sekarang
Aku selalu rasa mahu berhenti untuk terus hidup
Tapi aku masih ada keluarga yang memerlukan aku
Sebab aku bukan yang kuat
Aku bukan yang hebat!

Friday, April 6, 2012

Third Entry

Assalamualaikum.


Kalau semua orang nak tahu ni blog baru aku. Aku ada blog dulu, blog lama tapi dalam blog to semua terkumpul segala khazanah yang nak aku lupakan. Setiap kali nak update dalam blog to je mesti teringat kisah lama ahh sudah la.Lupakan. Walaupun dalam blog to dah ramai follower. Terima kasih kau orang sudi follow aku. Aku ni suka menulis. Masa kecik dulu aku aku suka buat diari tapi asek kantoi je lecehh.haha Jadi dah besar ni menulis dalam blog ni tempat paling ideal la bagi aku untuk share kisah hidup aku dalam ni.

Thursday, April 5, 2012

Second Entry

Assalamualaikum.


Sekarang tengah bosan. yee sangat bosan. Lagi tengah sem break kan. Lagi la bosan tak tahu nak buat ape eh. Nak cari part time work abah tak bagi sebab nya suruh aku rehat kat rumah puas-puas. Baikkan abah aku ni.hahah


Kalau aku dah ada kat rumah, wajibul ghunnah la semua orang dalam rumah ni akan sukarela letak jawatan kan. Semua tugas aku automatik jatuh kat tangan aku. yee aku! Kemas rumah, masak, basuh kain semua aku buat. 


bila dah siang hari duduk rumah sorang mula la kan fikiran ni melayang tentang perasaan. sehingga ke tujuh petala langit. okeyy to tipu. kadang-kadang perkara yang kita tak jangka akan lebih banyak dari perkara yang di jangka.


sebab aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sekarang ni. semenjak kehilangan si A, si B tetap bersama dengan aku tetapi aku nak kan si C. so macam mana ni? damn. biar lah aku dengan perasaan aku. 


seronok teringat makan burger mekdi sama-sama, masing-masing anggap makan macam makan kat rumah, tak ade nk cover-cover
seronok teringat makan ice cream sama-sama, aku tengok kau, kau tengok aku
seronok teringat main bowling sama-sama, memang tak nafikan memang tak boleh nak kalahkan kau
seronok teringat pergi zoo sama-sama, tapi binatang semua sedang enak tidur lena
seronok teringat pertama kalinya mengalirkan air mata depan kau 
seronoknya kalau kau berada di sisi aku sekarang tapi itu cuma perasaan aku sahaja.



betul kata orang kejujuran penting dalam perhubungan. perhubungan maksud aku kat sini bukan semestinya yang bercinta je tapi dalam berkawan juga penting. ye sangat penting. kalau kau dah tak jujur sekali, susah la orang nak percaya kau berkali-kali. kann?


eh tadi perasaan ni kejujuran pulak?

Tuesday, April 3, 2012

First Entry

Assalamualaikum



Hi people. Actually i dont have much thing to write about myself. You can call me Syima for short. Im nineteen. Im stay somewhere in Johor. Im currently studying at UiTM  Melaka, course Diploma in Office Management and Technology. I love to meet new friend but i shy person. Im blogging is not about popularity. Please nice with me.