Sunday, December 23, 2012

Twenty Eight Entry

Assalamualaikum.





Nampaknya blog ni dah lama terbengkalai hampir sebulan. kesian blog ni kan. For those yang tak tahu lagi sebenarnya saya dah masuk kampus 3hb haritu in semester 3. And now im at home. Baru masuk kampus 3 minggu dah break midterm. Baik betul UiTM ni tau.

Btw, semester 3 ni saya masih lagi tinggal di Kolej Tun Teja cuma bilik saya di tingkat 1. ahh heaven nyaa! Tak payah nak panjat tangga tinggi tinggi. Dan saya dapat roomates baru yang baik baik dan comel comel :)

Dalam masa 3 minggu di kampus bukan tak nak updated blog ke apa cuma busy, yeah busy! class for this sem sangat sangat packed! sampai kan life untuk diri sendiri pon takde. Hari hari class balik 6.20, ada yang class sampai 7.20, paling awal pon 4.20 to pon hari jumaat. 
So kadang kadang malam to tidur awal je -..-


See my timetable. :(

so cara nak hilangkan stress adalah tiap kali weekend je keluar. so dua minggu berturut ada kat kampus saya keluar. hihi. pergi shopping lah, jenjalan lah, makan makan lahh. seronoknyaa kan. lepas to check balance account terasa nak pengsan sebab duit asek keluar je. lepas ni abah bagi green light bawa kereta balik kampus lagi lah tak tahu nak manage duit macam mana. wuwuwu



Yiyin, Nani, Me and Eija -mereke bukan roomates saya tapi coursemate saya

Again, Yiyin, Nani, Me and Eyra
abaikan tudung kami berterbangan to maklumlah kat tepi pantaikan.hikhik

MY lovely classmate. Last picture before midterm break.
 bajet je kan. hahaha!

Sunday, November 18, 2012

Twenty Seven Entry

Assalamualaikum 



Dalam hidup aku ni, aku ada sorang je kawan baik yang paling aku sayang. Aku rasa dia ni lah first and last friend aku yang boleh kawan sampai ke mati. Sebab kami tak pernah pon bergaduh. :')

Disebabkan cuti kami tak sama, aku sem break berbulan bulan tapi dia dua tiga minggu je. Sedihh! haha So today baru lah dapat keluar sama, jalan jalan, window shopping, makan dan tengok wayang.

Around 2pm aku pick up Nad kat rumah dia. Since abah dah bagi kepercayaan kat aku drive kereta. So senang lah aku nak pergi mana mana. hikhik


Aku suka tengok handbag dia. Cantikk! 

By the way, tadi kami tengok Instanbul Aku Datang. Sumpah best. Kelakar gila. 
Tengok movie ni tergelak je. Scene yang sedih sedih pon boleh buat orang ketawa jugak. 






Macam pelik kan gambar ni. Tengok tangan aku. cacat semacam je. haha kbye



p/s : Lepas ni entry saya bercuti di Penang pula. Insyaallah.

Friday, November 9, 2012

Twenty Six Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Abah Mak my inspiration

Sehari sebelum result saya keluar means hari semalam la kan. Macam macam benda yang tak kena jadi kat saya. Kononnya nak hilangkan debaran hati ni ajak lah adik pergi jalan kat Mersing. Lepastu nenek minta tolong pulak untuk cucikan gambar dia pergi Vietnam haritu.

Dah sampai Mersing parking lah kereta kat belakang kedai  photo. Dalam hati alah sekejap je tak payah letak kupon pon takpe ni. hahah Lepas to hati tiba tiba tak sedap terus suruh adik tunggu kat kereta dulu. ha kau terus dapat kertas warna kuning means surat saman parking dari Majlis Daerah Mersing. hahah Padahal tinggal kereta tak sampai 10 minit kot. Pheww! Time to dah berpeluh habes lah. Duit saman parking to RM30. Memang sah sah la aku kena keluar duit bayar, abah dah pernah bagi warning awal awal kalau kena saman parking ke apa bayar sendiri. oke fine abah fine -.- hahah 

Lepas to decide nak pergi makan pulak. Oke lepas ni parking terus letak kupon dah menyesal punya pasal kan. Kalau nak tahu dalam kereta to ada satu buku kupon, cuba tadi to letak kupon kan benda tak jadi macam ni kan. hahah It's okay lah benda dah jadi and ini bolah dijadikan sebagai pengalaman. Kalau tak nanti akan asek terus buat salah je. 

Masa makan to saya order lime juice and roti kampung. Okay ini pon nasib malang juga mungkin sebab lime juice dia tersangat lah masam. Ya Allah. Tak sanggup nak telan. Saya memang suka benda masam masam, tapi masam dia terlampau sangat. 



Kawan terbaik pernah aku kenal selama aku masuk UiTM. 

Malam tadi debaran yang di tunggu tunggu terjawab jugak. Sebelum masuk tidur to dah on email kat handphone siap siap. Nanti kalau notification masuk harap harap sedar lah. Tapi malam tadi tidur tak nyenyak pon. Asik terjaga je. Setiap kali terjaga on twitter tengok TL ada yang dah dapat result, saya punya around 2.30 a.m. baru masuk email. 

Masa nak bukak email to mata pejam celik kot. takut takut nak tengok. haha. Anddd the result was I didn't expected that. Syukur Alhamdulilah masih diberi peluang merasa lagi amek sijil. Time to tak fikir apa dah lega sangat cuma terkejut tengok pointer maintain je macam semester takde naik takde turun. Kan pelik to, nampak sangat usaha aku untuk sem lepas dengan sem ni sama je ek. hee

Pagi tadi saya drive balik rumah sebab nak beritahu berita gembira ni kat mak abah. Alhamdulilah mereka bangga dengan kejayaan saya. Jujur saya cakap mak abah saya bukan dari kalangan orang kaya nak hadiahkan saya hadiah mahal mahal untuk kejayaan saya ni. Cukuplah tadi dinner abah ajak pergi makan kat McDonalds untuk sambut kejayaan saya ni. Even nampak simple tapi itu bermakna bagi saya :') 



Rakan susah senang. Bilik diorang selalu jadi mangsa tempat tidur saya.
 Time final pon study sama sama dengan mereka. Eyja (kanan) Dean List jugak tau. Tahniah semua! :)

Saya bersyukur dan terharu ada mak abah dan kawan kawan yang selalu sokong dengan kejayaan saya. Insyaallah apa yang perlu untuk capai kejayaan hanya azam dan semangat yang tinggi untuk berjaya. Yang penting mesti yakin pada diri sendiri, kena selalu fikir positif. Mind set to penting. Kalau kita selalu fikirkan kejayaan Insyallah kejayaan akan datang pada kita yang penting ada usaha. Ada 3sem lagi untuk saya tempuh. Harap terus doakan saya. Amin :)

Friday, November 2, 2012

Twenty Five Entry

Assalamualaikum!

Ini cerita dah lama punya. Bulan lepas tapi malas nak updated sebab line internet tersangat lah lembap. Now dah laju sebab dah tukar broadband baru. hehew. Broadband lama dah rosak sebab simcard dia dah rosak. hm melayang duit ganti baru. 

Masa final exam haritu aku pergi tengok IAMNEETA band kat Jusco Bandar Melaka. time exam kot sempat lagi keluar berjimba ek. haha. ni aku punya kepala lah nak sangat tengok IAMNEETA, kawan aku yang lain layankan aje. kesian kau orang kannn :D

Kami pergi ber-enam. Sewa kereta viva je, tapi muat masuk enam orang. haha Untunglah badan diorang ni kurus-kurus. kami keluar petang sebab diorang perform petang dalam pukul 5 lebih macam to.


Me as a driver. ngehhngeh

Iamneeta band 


Aku dengan Nani je tade dalam gambar ni sebab kami pemalu orangnya. hahah

Balik to terus tweet dengan Patrik (Kiri) yang aku pergi tengok dia perform then Patrik kecewa sebab apa tak pergi tegur dia. hahah :D

Music Video IAMNEETA. Lagu band diorang semua best best :) 



 

Friday, September 28, 2012

Twenty Four Entry

Assalamualaikum .

Dah lama sangat tak try skill typing dalam blog ni sebabnya takde masa nak updated story. Pulak to before ni banyak sangat test, quiz, assignment, presentation and so on. So otak pon boleh cramp fikir semua ni. But, Alhamdulilah semua nya dah selesai. 

This week actually UiTM bagi cuti. haha Cuti la sangat kau Syima. Sebenarnya Study week. Next week adalah FINAL EXAM. final exam? yeay! final exam. Bape kali nak ulang. haha. Tapi aku macam relax je macam tade apa yang nak berlaku minggu depan. Cettt! Dalam hati den ni siapa je tahu. wuwuwu

Tapi sebelum masing-masing balik study week. Aku and member sempat lagi berjimba-jimba untuk habeskan sisa-sisa masa untuk semester dua. Yelah lepas ni dah exam tade masa lagi nak hang out dengan dorang T.T









This semester ada 5 paper for final. Banyak kot. 

4 Oktober 2012 - BEL 260
5 Oktober 2012 - CTU 151
9 Oktober 2012 - BBM 110
12 Oktober 2012 - OMT 182
19 Oktober 2012 - OMT 115

Harap sangat sem ni dapat maintain kan pointer. Sem ni banyak sangat dugaan. Banyak sangat stress. Belajar pon rasa macam tak sekeras dulu. Tapi kalau pointer naik syukur Alhamdulilah.

So, disini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan blogger, kawan-kawan classmate MOM1142A, kawan-kawan coursemate, kawan-kawan campusmate, and all. Saya doakan untuk saya sendiri dan kepada semua Good Luck and All the Best. Try get dean list! Insyaallah.

"Do the best in exam and never give up. Allah always with us"



Friday, August 3, 2012

Twenty Two Entry

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulilah. Sekarang dah masuk 15 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu yang kita sudah pon 15 hari berpuasa. Semalam, kolej saya ada buat event Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim Melaka di masjid UiTM. Ini pengalaman pertama bersama anak-anak yatim. Awesome! Dalam lingkunagn 30 orang anak yatim yang datang. Anak-anak yatim ni dari kalangan umur 7 hingga 12 tahun. 


Sebelum menunggu waktu berbuka, kami ada buat beberapa aktiviti:




Melukis poster Merdeka Raya

Hasil bersama. Ada tiga orang daripada mereka adik beradik.

Tersentuh hati melihat persembahan mereka, waktu ni ramai yang menagis. 


So cute! Kecil-kecil begini sudah kehilang ibu bapa. Yang kita ni masih ada ibu bapa, hargailah mereka sebaiknya :')



see. best sangat pengalaman ni. kalau diberi peluang lagi ada aktiviti macam ni. saya nak pergi lagi hadir berkongsi suka duka bersama mereka. Lagi-lagi bulan berpuasa ni elok memperbanyakkan amal jariah untuk tambahkan pahala berpuasa. 

Saturday, July 28, 2012

Twenty One Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Mungkin belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.


Ke-busy-an yang amat ketara sejak kebelakangan ini dan line broadband yang tidak mengizinkan saya untuk mengupdate blog dengan laju. Maka baru sekarang lah saya berpeluang untuk update blog ini yang sekian lama menyepi. haha


Alhamdulilah sudah lapan hari kita berpuasa. Cepat je masa berlalu.
Honestly, sudah mengjakau umur 19 tahun untuk pertama kalinya saya berpuasa jauh dari family. huhu. Ini lah lumrah sebagai seorang student. Bersahur dan berbuka sorang-sorang. Buat masa sekarang ni saya belum lagi berbuka puasa seorang diri lagi tapi bersahur to memang sorang-sorang lah. wuwu~ sedihnya hidup. haha


Untung ada ada Aimuni, Nani, Eija, Ira, Hakima dan Aida yang selalu teman saya berbuka bersama. Time berbuka je saya akan berlari pergi ke bilik mereka. hehew. Tapi agak seronok juga berbuka bersama kawan-kawan ni.

Fyi, saya dah beli baju raya sebelum puasa lagi. Semangat tak. haha . Tahun ni tema warna merah. Meriah tak. haha


Oke, Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan semua. :)

Wednesday, July 11, 2012

Twenty Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Aku ni jarang hang out dengan kawan-kawan. Bukan sebab aku ni anti-sosial ke apa. Tapi aku ni memang jenis kurang kawan. haha Aku kalau keluar pon selalu dengan kawan baik aku dan  family jer okay :)

Hari sabtu lepas, 7 Julai kawan aku ajak pergi berjimba kat Wonderland Melaka. Sebabnya dia ada tiket untuk dapar harga murah. Kebetulan aku memang teringin sangat nak pergi sana dari sem lepas kot berangan nak pergi mandi kat sana. So, sem ni tersampai lah hajat aku nak pergi sana. hehe


Lepas subuh semua terus bersiap. Dah janji dengan owner sewa kereta pukul 8 pagi. Maklumlah kami student mak ayah kami tak mampu nak bagi kami kereta sorang sebiji so sewa la kereta. hehew Kami sepuluh orang. Barisan skuad dari kiri Borhan (patner Aimuni), Aimuni, Syima, Yana, Eja, Sue, Aida, Bella, Nani. Lagi sorang Hakima tengah snap pic ni :D



Harga asal untuk masuk Wonderland Melaka RM30 seorang, Kalau guna tiket Aida dapat harga RM15 seorang. Kebetulan semasa kami nak masuk to ada uncle to dia ada emergency case kot then dia bagi kami tiket free 4 adult 1 child and 10 voucher makan. Then aku grab la cepat cepat. So free la aku masuk sana. haha Masuk mandi free, makan pon free. Ohhh selesanya kehidupan. haha :D














Around 2pm, kami semua dah penat mandi, semua games kat sana kami dah naik. Dah puas manjakan diri dalam air So, teruskan misi seterusnya manjakan diri dalam mall pulak. haha parking kereta kat Dataran Pahlawan then lepak kat Mahkota Parade. Makan cake kat secret recipe and tengok movie Spiderman 3 lepas to balik.


with Nani cun :)



Ni gambar yang paling aku suke sekali. Happening gilaaaaaa :D
Girls next time kita outing sama-sama lagi oke. Kumpul duit banyak-banyak dulu. haha 

Sunday, July 8, 2012

Nineteen Entry

Assalamualaikum.

Ini cerita bulan lepas punya.haha. Dah basi dah cerita ni tapi cerita ni the best memory sampai bila-bila. This my day. Majlis Anugerah Dekan. Ehemehem!

Event ni 24 Jun 2012, Ahad. Lama dah kan tapi baru nak updated. Antara sebab lambat update kerana line slow macam siput dan sebab paling ketara kemalasan. hehew

Around 6am dah bangun sebab bas uitm ambil kami pukul 7am. So lepas bangun, subuh then terus pergi berkumpul di Ko-O pergi ke Dewan Taming Sari. Hebat tak nama dewan to. Dewan ni dalam UiTM ni je -.-' haha



Ni gambar semasa tengah beratur untuk pendaftaran. Sebelum daftar to wajibul ghunnah la bergambar dulu kan. Ni Anugerah Dekan untuk Part 1 and Part 2. Nombor giliran aku 451. Semua yang dapat DL hampir 600 orang. So jenuh la nak tunggu turn aku kan. mengantuk je duduk dalam to. haha


Credit picture to khuzaimah. :)

My turn. Time ni rasa nak terkencing terberak semua ada sebab nervous. Nak naik pentas kot.hahah. Seriously aku tak pernah amek anugerah cemerlang masa sekolah menengah dulu. Ni la first time ambil anugerah kat atas pentas. Terharu beb. Nak menangis rasa :')


Muka budak dean list OM 1A. :D

Special present for emak abah. Terima kasih kerana selalu doakan kejayaan Akak :)
Hope this semester and every semester I will get dean list. Aminn..

Monday, June 11, 2012

Seventeen Entry

Assalamualaikum.


*sila baca dengan nada yang sedih dan rasa simpati. tolong ehh


sejujurnya jiwa saya memang tiada di sini. :'(

Tujuan utama entry ni di tulis adalah nak beritahu yang saya sudah pon selamat sampai ke UITM tercinta ni. UiTM Di Hatiku. Cewaahhhh! Sudah dua malam saya bermalam di sini ya anak-anak. Ya sekarang saya berada di bilik dan kolej yang lain kerana kolej saya yang dahulu Kolej Tun Hamzah sudah tidak lagi memerlukan perkhidmatan saya lagi sebagai penghuni di sana. *lap air mata


Maka sekarang saya menjadi penghuni yang baru di Kolej Tun Teja. Ya kerana kolej ini sudah membuat saya dua malam menangis sendirian. Bukan kerana homesick tetapi kerana kolej ini sendiri. Saya ulang kerana kolej ini. Seriously saya bukan tidak bersyukur kerana layak mendapat kolej. Tetapi terasa diri saya di sabotaj oleh pihak UiTM kerana memberi bilik saya yang maha tinggi setinggi dakian ke Gunung Kinabalu. ktipu. Sebenarnya bilik saya di tingkat 4 like wowww! Tak payah aku nak exercise cukup lah aku berjalan naik tangga ni hari-hari.


Lagi keadaan bilik ini yang kurang menyenangkan saya kerana ada gangguan bunyi kipas di atas syiling yang amat menggerunkan saya untuk tidur malam. Bilik saya ini stay berdua. Bagaimana jikalau saya keseorang di dalam bilik. Tidakkah membuatkan saya tidak tidur malam? Sungguh sadis bukan nasib saya di sini. kesiannn.


Yang menyedihkan lagi apabila bilik air berdekatan dengan bilik saya hanya boleh digunakan dua bilik air sahaja daripada enam bilik air. Lagi empat bilik air sangat tidak berfungsi kerana ketiadaan air. Dah la empat2 to jamban. Macam mana kalau nak kencing berak semua? Nak cangkung celah mana? Yang ni memang saya nak maki habes-habesan. Kenapa pihak UiTM tak check kerosakan ini? Kenapa tak ada amek tindakan ape-ape? Kenapa membiarkan siswi di sini menerima kesusahan ini? *lap air mata lagi


k dah cukup la entry kesedihan aku ni. Sepatutnya orang gembira sebab sudah masuk semester baru tapi aku ni pulak sedih. hahah


Yang berita menggembirakan saya rasa saya macam dah pasrah dan redha je dapat bilik macam ni. Eh gembira ke macam to? hahah. Ni gelak fake tolong faham oke. Nak mohon tukar bilik lain seperti tidak selesa apabila sebilik empat orang. Ohh sungguh tidak privacy lah kan. Pulak to saya tak biasa kalau dengar bising-bising ni. Demand la plak kau syima. hehew. Oke esok saya ada class lagi 8.30 pagi. byee :)

Wednesday, June 6, 2012

Sixteen Entry

Assalamualaikum.


Pejam celik pejam celik. Makan tidur makan tidur. Lagi dua je lagi untuk aku berseronok di rumah. Sekejap je masa berlalu. Tak sangka aku dah bercuti di rumah selama dua bulan tujuh hari. Cuti lelama ni lah buat berat badan aku naik 2 kg. macam pffttt! hahah. Benci aku aku berat sampai naik ni. 


Lepas ni aku akan bergelar senior. kahkah. senior la sangat syima baru nak masuk part 2. ngehngeh. Aku baru start packing barang malam tadi. Banyaknye. Rasa malas sangat nak packing-packing ni. sekarang baru rasa seronoknya cuti. haha


Selama aku jadi student Part 1 banyak kenangan manis dan pahit. Antaranya aku dapat dekan untuk semester 1. harhar. Gelak besar pulak aku. kcukup. Untuk yang pahit pulak aku pernah tak mandi satu hari time MDS. sebab bangun lambat. Alah kau orang tak payah nak gelakkan aku la. entah kau orang lagi teruk dari aku. Time orentasi langsung tak mandi kan. kantoi. kehkeh. 


Lagi, aku pernah terkena dengan budak senior bagi map class salah. masa to mula-mula start class. Memang sesat barat la nak cari class kan. Lagi payung aku pernah kena curi kat cafe sunshine berdekatan dengan library. Ni macam sialan la kan. Time to tengah hujan lebat kot aku letak payung aku kat luar cafe sekejap je. Aku keluar balik tengok payung dah tade. Ha ni memang aku mencarut dari cafe sampai ke bilik. haha. 


Lagi, kad atm aku pernah kena telan. Yang ni maha menyusahkan aku. Aku kena pergi Masjid Tanah untuk buat report bagai semua. Tapi Alhamdulilah, Allah memudahkan perjalanan aku. Ada staff UiTM sanggup tolong aku hantar pergi Masjid Tanah buat report then time to jugak aku dapat balik kad atm aku tanpa tak perlu buat kad atm baru.


Lagi, berhati-hati lah cari kawan kat tempat orang. Lagi-lagi kawan kita baru kenal. Jangan percaya sangat. Ape kena mengena ek? -.- haha


And the last one,


Aku rindu gila kat kau.
 Aku suke tengok muka annoying kau to. Comel. hehew

Wednesday, May 30, 2012

Fifteen Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Yeay! Alhamdulilah segala masalah semua selesai. Tapi bukan 100 peratus la. 


Sejak dua menjak, tiga menjak ke empat menjak ni macam-macam masalah datang kat aku. Lepas satu, satu datang. Stess dia kemain. Aku sendiri tanggung sorang-sorang weh. Tension gila bhai. Tapi depan semua orang aku tunjuk cool je tade sape pon perasan aku ni bermasalah ke oke ke tidak. teror tak aku. haha 


Start dari Jumaat lepas aku tension gila babi macam nak mati. pffffttt!


Mula-mula ada hamba Allah ni story kat aku pasal my ex kat aku. Lepas to, aku bergadoh pulak dengan my ex. Lepas to, ada perempuan senget ni maki-maki aku kat twitter cakap aku nak rampas boyfie dia. Lepas to, aku bergadoh pulak dengan haziq, boyfie perempuan senget to. Ah wadefakkk la. Berturut-turut aku dapat masalah ni. 


Paling ketara hari selasa, aku kat rumah seharian diam je. Menangis dalam sepi. haha. Sampai adik aku pon tak berani nak tegur aku derr. haha


Okay semalam aku jumpa dengan my ex. Nak settel kan semua masalah yang membelenggu diriku ini. Cewaah ayat nak drama je kan. Then, everything okay semalam. Dari A hingga Z dia cerita. Aku pon tak boleh nak letak kesalahan to semua punca dari dia. Ada jugak faktor-faktor lain yang mempengaruhi dia. dah kenapa ayat aku macam karangan bahasa melayu ni. err


Tapi setiap orang mesti akan melakukan kesilapan, dan setiap orang boleh berusaha untuk berubah. Segala apa perkara yang terjadi mesti ada hikmahnya.


Sekarang aku nak muhasabah diri, motivate diri, improve kan diri untuk cari kawan dengan lebih berhati-hati. Tak nak tersilap langkah, ta nak tersilap pilih kawan lagi. Seburuk-buruk sesorang to banyak kebaikan yang tidak pernah kita nampak. So, hargailah orang itu.


Lepas ni berdoa banyak-banyak pada Allah mohon dijauhi dari segala kejahatan dan keburukan. Aminn.


Lupa nak cakap semalam aku bawakkan makanan untuk Amri yang aku masak lauk ikan masak asam pedas dengan sayur kangkung. Nampak tak kasih sayang aku ada lagi kat dia. Untungla kau Amri. kahkah


Sekian terima kasih.

Thursday, May 24, 2012

Forteen Entry

Assalamualaikum.


Ini entry bersambung. Klik untuk ke entry sebelumnya > Thirteen Entry 


Kalau entry sebelum ni aku cerita kan pasal perjalanan aku naik sampai ke puncak. Untuk entry ni aku cerita pengalaman berada di puncak dan semasa turun ke bawah.


Dah ready? vroooooomm. eh kita jalan kaki bukan naik motor. hehe. Lets go.

Di kemuncak Gunung Lambak. Harapan kami bila dah sampai di puncak harap-harap ada la orang jual air or makanan kat puncak to. Sebab memasing air dah nak habis. Pulak to jalan jauh-jauh ni lapar tau. So, lepas ni sesiapa nak naik gunung better bawak lah air yang banyak dan makanan secukupnya. 


Ni untuk kali kedua aku sampai ke puncak. first time masa zaman sekolah menengah lagi, ramai-ramai dengan budak sekolah. Tiada gambar pon sebab masa zaman to handphone aku tak secanggih sekarang. kahkah. 


Ehem! Ainur, Wani dan Ros. Silalah jelessss puas-puas sebab gambar kau 
orang tak ada kat board ni kan. Kesian kau orang. Sedih. Aku turut bersimpati. hehe. 
Yang wani beria tolong amek gambar aku bebanyak sampai dia sendiri terlupa nak bergambar. peace!


Kat atas puncak to tiada ape yang special pon sebenarnya. Keadaan seperti dahulu cuma bezanya sudah ada pencawang elektrik. Bila ada pon aku tak tahu tapi coverage di puncak sangat mengecewakan. 

Di puncak harapkan board 'Kemuncak Gunung Lambak' dan sebuah pondok usang yang telah dicontang-canting oleh mereka yang kononnya sweet memory la kan dah sampai puncak to wajib tulis nama mereka. Padahal ni adalah satu vandalisme. cehhh. So, lepas ni kena la request pokok untuk gantung padlock or tampal something yang special kat atas to. Baru la ala-ala korea tak gitu. haha

Setelah berjam-jam berborak di pondok usang itu, tak payah nak berjam sangat la syima. 45minit je. -.- Pukul 10 pagi kami gerak untuk turun ke bawah. Untuk pengetahuan untuk mendaki ke gunung ni banyak jalan. Semasa mendaki tadi kami ikut jalan hadapan so untuk turun kami ikut jalan belakang. 

Out to base.


Kalau mendaki kaki cuma hanya akan penat tambah sakit-sakit otot
 tapi kalau turun kaki kau orang akan menggigil siap kuku jari kaki akan melecit. Habis hilang wang hantaran aku seribu -.- haha

Sungai kecil yang turun dari bukit. Siapa yang dahaga sangat to boleh la minum kot tapi aku tak sanggup takut-takut ada kencing tikus. Tapi Zul minum, Alhamdulilah tiada apa yang berlaku. selamat je. hehe



Dalam pukul 11.30 kami berjaya sampai ke bawah. Alhamdulilah. Segalanya baik dan tiada perkara yang diingini berlaku.

Next time, kita pergi lagi ye. Lepas ni ajak kawan lagi ramai lagi besttt. Sesiapa nak join kami lepas ni silalah inbox aku. kahkah