Thursday, April 5, 2012

Second Entry

Assalamualaikum.


Sekarang tengah bosan. yee sangat bosan. Lagi tengah sem break kan. Lagi la bosan tak tahu nak buat ape eh. Nak cari part time work abah tak bagi sebab nya suruh aku rehat kat rumah puas-puas. Baikkan abah aku ni.hahah


Kalau aku dah ada kat rumah, wajibul ghunnah la semua orang dalam rumah ni akan sukarela letak jawatan kan. Semua tugas aku automatik jatuh kat tangan aku. yee aku! Kemas rumah, masak, basuh kain semua aku buat. 


bila dah siang hari duduk rumah sorang mula la kan fikiran ni melayang tentang perasaan. sehingga ke tujuh petala langit. okeyy to tipu. kadang-kadang perkara yang kita tak jangka akan lebih banyak dari perkara yang di jangka.


sebab aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sekarang ni. semenjak kehilangan si A, si B tetap bersama dengan aku tetapi aku nak kan si C. so macam mana ni? damn. biar lah aku dengan perasaan aku. 


seronok teringat makan burger mekdi sama-sama, masing-masing anggap makan macam makan kat rumah, tak ade nk cover-cover
seronok teringat makan ice cream sama-sama, aku tengok kau, kau tengok aku
seronok teringat main bowling sama-sama, memang tak nafikan memang tak boleh nak kalahkan kau
seronok teringat pergi zoo sama-sama, tapi binatang semua sedang enak tidur lena
seronok teringat pertama kalinya mengalirkan air mata depan kau 
seronoknya kalau kau berada di sisi aku sekarang tapi itu cuma perasaan aku sahaja.



betul kata orang kejujuran penting dalam perhubungan. perhubungan maksud aku kat sini bukan semestinya yang bercinta je tapi dalam berkawan juga penting. ye sangat penting. kalau kau dah tak jujur sekali, susah la orang nak percaya kau berkali-kali. kann?


eh tadi perasaan ni kejujuran pulak?

No comments:

Post a Comment