Wednesday, May 30, 2012

Fifteen Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Yeay! Alhamdulilah segala masalah semua selesai. Tapi bukan 100 peratus la. 


Sejak dua menjak, tiga menjak ke empat menjak ni macam-macam masalah datang kat aku. Lepas satu, satu datang. Stess dia kemain. Aku sendiri tanggung sorang-sorang weh. Tension gila bhai. Tapi depan semua orang aku tunjuk cool je tade sape pon perasan aku ni bermasalah ke oke ke tidak. teror tak aku. haha 


Start dari Jumaat lepas aku tension gila babi macam nak mati. pffffttt!


Mula-mula ada hamba Allah ni story kat aku pasal my ex kat aku. Lepas to, aku bergadoh pulak dengan my ex. Lepas to, ada perempuan senget ni maki-maki aku kat twitter cakap aku nak rampas boyfie dia. Lepas to, aku bergadoh pulak dengan haziq, boyfie perempuan senget to. Ah wadefakkk la. Berturut-turut aku dapat masalah ni. 


Paling ketara hari selasa, aku kat rumah seharian diam je. Menangis dalam sepi. haha. Sampai adik aku pon tak berani nak tegur aku derr. haha


Okay semalam aku jumpa dengan my ex. Nak settel kan semua masalah yang membelenggu diriku ini. Cewaah ayat nak drama je kan. Then, everything okay semalam. Dari A hingga Z dia cerita. Aku pon tak boleh nak letak kesalahan to semua punca dari dia. Ada jugak faktor-faktor lain yang mempengaruhi dia. dah kenapa ayat aku macam karangan bahasa melayu ni. err


Tapi setiap orang mesti akan melakukan kesilapan, dan setiap orang boleh berusaha untuk berubah. Segala apa perkara yang terjadi mesti ada hikmahnya.


Sekarang aku nak muhasabah diri, motivate diri, improve kan diri untuk cari kawan dengan lebih berhati-hati. Tak nak tersilap langkah, ta nak tersilap pilih kawan lagi. Seburuk-buruk sesorang to banyak kebaikan yang tidak pernah kita nampak. So, hargailah orang itu.


Lepas ni berdoa banyak-banyak pada Allah mohon dijauhi dari segala kejahatan dan keburukan. Aminn.


Lupa nak cakap semalam aku bawakkan makanan untuk Amri yang aku masak lauk ikan masak asam pedas dengan sayur kangkung. Nampak tak kasih sayang aku ada lagi kat dia. Untungla kau Amri. kahkah


Sekian terima kasih.

Thursday, May 24, 2012

Forteen Entry

Assalamualaikum.


Ini entry bersambung. Klik untuk ke entry sebelumnya > Thirteen Entry 


Kalau entry sebelum ni aku cerita kan pasal perjalanan aku naik sampai ke puncak. Untuk entry ni aku cerita pengalaman berada di puncak dan semasa turun ke bawah.


Dah ready? vroooooomm. eh kita jalan kaki bukan naik motor. hehe. Lets go.

Di kemuncak Gunung Lambak. Harapan kami bila dah sampai di puncak harap-harap ada la orang jual air or makanan kat puncak to. Sebab memasing air dah nak habis. Pulak to jalan jauh-jauh ni lapar tau. So, lepas ni sesiapa nak naik gunung better bawak lah air yang banyak dan makanan secukupnya. 


Ni untuk kali kedua aku sampai ke puncak. first time masa zaman sekolah menengah lagi, ramai-ramai dengan budak sekolah. Tiada gambar pon sebab masa zaman to handphone aku tak secanggih sekarang. kahkah. 


Ehem! Ainur, Wani dan Ros. Silalah jelessss puas-puas sebab gambar kau 
orang tak ada kat board ni kan. Kesian kau orang. Sedih. Aku turut bersimpati. hehe. 
Yang wani beria tolong amek gambar aku bebanyak sampai dia sendiri terlupa nak bergambar. peace!


Kat atas puncak to tiada ape yang special pon sebenarnya. Keadaan seperti dahulu cuma bezanya sudah ada pencawang elektrik. Bila ada pon aku tak tahu tapi coverage di puncak sangat mengecewakan. 

Di puncak harapkan board 'Kemuncak Gunung Lambak' dan sebuah pondok usang yang telah dicontang-canting oleh mereka yang kononnya sweet memory la kan dah sampai puncak to wajib tulis nama mereka. Padahal ni adalah satu vandalisme. cehhh. So, lepas ni kena la request pokok untuk gantung padlock or tampal something yang special kat atas to. Baru la ala-ala korea tak gitu. haha

Setelah berjam-jam berborak di pondok usang itu, tak payah nak berjam sangat la syima. 45minit je. -.- Pukul 10 pagi kami gerak untuk turun ke bawah. Untuk pengetahuan untuk mendaki ke gunung ni banyak jalan. Semasa mendaki tadi kami ikut jalan hadapan so untuk turun kami ikut jalan belakang. 

Out to base.


Kalau mendaki kaki cuma hanya akan penat tambah sakit-sakit otot
 tapi kalau turun kaki kau orang akan menggigil siap kuku jari kaki akan melecit. Habis hilang wang hantaran aku seribu -.- haha

Sungai kecil yang turun dari bukit. Siapa yang dahaga sangat to boleh la minum kot tapi aku tak sanggup takut-takut ada kencing tikus. Tapi Zul minum, Alhamdulilah tiada apa yang berlaku. selamat je. hehe



Dalam pukul 11.30 kami berjaya sampai ke bawah. Alhamdulilah. Segalanya baik dan tiada perkara yang diingini berlaku.

Next time, kita pergi lagi ye. Lepas ni ajak kawan lagi ramai lagi besttt. Sesiapa nak join kami lepas ni silalah inbox aku. kahkah

Thirteen Entry

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ini entry paling panjang dalam abad ni. Selamat membaca.


Hai kau orang yang cantik lagi kacak. Selasa lepas saya pergi mendaki Gunung Lambak, Kluang. Actually, ni perancangan last minute kot. Kawan aku si Ainur tiba-tiba inbox 'Syima, nak naik gunung tak?' .Dia sent kat facebook tapi aku tak boleh nak reply. Ape problem tah. Lepas to, aku cepat-cepat la on twitter. Aku balas kat twitter. Pon boleh macam to? haha 


Aku dah lama teringin nak naik gunung tapi masa to pulak kaki aku sakit sebab radang tak elok-elok lagi. Tapi ada hati nak panjat gunung. So aku buat tak tahu je dengan kaki aku to. Nekad nak naik gunung jugak. Mak abah aku malas nak bising-bising diorang izinkan je. hehe
Alhamdulilah esok pagi bangun kaki oke.


Malamnya dah deal dan confirm betul-betul pergi daki gunung. Janji Melayu pukul 7 pagi. Biasalah kan orang melayu, ape pernah kota kan janji. haha. Fyi, aku la orang yang paling cepat sampai kat gunung pukul 7.15 pagi. Eksaited. hehew. Alang-alang pagi to abah nak pergi kerja so aku suruh la dia yang hantarkan. Lepas to baru lah kawan aku sorang-sorang datang. 


Dalam pukul 7.45 kami mulakan misi kami dengan mendaki Gunung Lambak. Lets go! Tanpa warm up langsung terus jalan. haha


rakan seperjuangan, Ainur, Wani, Zul, Ros.

Misi mendaki gunung bermula.

Around pukul 8.15 kami dah sampai pertengahan gunung. Kira laju jugak la kami jalan. Berhenti pon sekejap-sekejap je. 

Dari base nak ke pertengahan gunung lagi 900meter. kaki dah lenguh dah to tapi masih mampu tersenyum hehew

Okay masa ni dah sampai di pertengahan. Tengah penat sangat-sangat. 


Tangan aku sedang menunjuk cokelat aku bawak. 
Mereka kata sedap. Bangga mak nak. hehe

Hari-hari biasa macam ni tak ramai orang panjat gunung. Yang aku kagum tengok orang cina even dah tua-tua pon mereka sangat menitik beratkan kesihatan mereka. Aku tengok orang cina je ramai naik. Orang melayu susah betul nampak. 

Hampir lama lepak kat situ, sampai hilang penat sikit la. Diorang cakap nak teruskan perjalanan sampai puncak. nekad gila. How? Jauh lagi kot nak sampai puncak to. Hanya berbekalkan air sebotol kecil mampu ke nak bertahan sampai ke puncak. 

nampak tak bawah to curam tau. Makin tinggi nak sampai ke puncak makin curam. So kena berhati-hati. Orang kat belakang aku to si wani. Banyak kali injured kat kaki. Terlanggar kayu la. Tapi alhamdulilah masih boleh di kawal dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Amboi menyempat posing kan kat tengah-tengah hutan. hehe. 

Kami single. eh promoted pulak. haha

Masa mendaki masing-masing mind set 'lagi 5 minit lagi nak sampai'. hehe Yela aku tak larat nak jalan lama-lama. Baju aku to kalau perah air boleh buat mandi. haha. Dengan air mineral dah nak hampir habis.


Akhirnya dah beberapa jam berjalan mendaki, kami semua sampai ke puncak. Orang yang paling awal sampai ke puncak adalah Wani. Tahniah wani anda adalah pemenang kita untuk minggu ni. eh tetiba. Kami semua sampai puncak dalam pukul 9.15 pagi. Macam tak percaya boleh sampai ke puncak. teror tak? :D

Memang aku berdua je dengan Zul. Ainur dengan Ros kat belakang lagi. Tapi hampir nak sampai la. Wani jangan tanya kat mana, dia lah yang snap gambar ni. Lama dia tunggu kitorang sampai kat atas. Walaupun kaki dia asek injured tapi stamina dia cukup kuat. Bangga aku ada kawan macam dia. tetiba.


Hi Gunung Lambak, Syima here. 

Aku rasa aku updated sampai sini dulu lah. Tulang belakang aku ni pon dah naik sakit. Mintak urut. haha Pilih gambar pastu upload gambar kemain slow plak to. Geram je.  Nanti aku sambung dalam entry ke empat belas ea. Bye.

Tuesday, May 22, 2012

Twelve Entry

Assalamualaikum. 


Sebelum itu nak cakap entry ni sambungan entry ke sebelas. kihkih. Dah beterabur dah entry dalam blog aku ni. eh suka hati aku la. blog aku kan. Aku malas nak tulis entry ni lambat sebab aku dah banyak kali delay nak tulis pasal ni. Nanti gambar-gambar semua menjadi usang di mamah usia. cewahh.


Kalau boleh dalam satu entry aku nak cerita pasal semua. Tapi tak best la kan. Nanti kau orang tak faham tambah lagi pening tambah lagi tak nak baca lagi blog aku. ish to yang tak nak to -.-' hehe


Sabtu, 12.5.2012


Setelah puas berjimba dengan Nadia pada siang hari. Malam nya pula aku ada second temujanji. Macam retiss da kan busy tau. haha. Yang ni pulak keluar dengan kakak sedara aku. Lama dah dia ni booking aku ajak keluar sama. Tambahan pula sudah lama tak jumpe mereka. Masing-masing sudah bawa haluan sendiri. cett.


So pada malam to, kak Ika ambil aku di rumah. Then, kami pergi tengok movie. Amek satu hari aku dapat tengok dua movie. Tamakknya. Aku tak pernah lagi macam ni. haha. Kami tengok cerita Nongkrong. Review cerita ni bestt, kelakar dan tak rugi kalau tengok tapi dia banyak merepek. Buang masa. haha



with Kak Ika


Ahad, 13.5.2012

Malam to aku tidur rumah ibu aku. Kami plan harini nak pergi main bowling pulak. So lepas bersiap-siap dalam pukul 11 lebih kami keluar rumah then pergi bowling. Tapi sedih je sebab penuh. Gila ramai orang. Lepas to, jenjalan jela dalam mall beli baju, baju, dan baju. hehe. Pada hari ahad to pulak Mother's Day kan. So aku belikan tudung untuk mak aku. Cantikk :')

Kak Farah

aku kenal mereka sejak aku lepas hari lagi means dari aku baby aku 
dah tinggal rumah mereka :)

i love them.

Eleven Entry

Assalamualaikum.


Alamak! Sebenarnya entry ni sebelum entry yang ke sepuluh. Disebabkan terlampau eksited kan nak updated blog to yang sampai terlupa entry mana yang patut didahulukan dulu. Aku terlupa tarikh la. over kan. haha


Cerita ni pasal dua minggu yang lepas. Btw, weekend saya penuh dengan aktiviti. Cuma kalau hari-hari bekerja jela aktiviti saya besarkan badan kat rumah. huh sadisnye -.-'


Sabtu, 12.5.2012


Perkara yang wajib kalau cuti ialah jumpe girlfriend tersayang plus tercinta saya. oke ini bukan kes lesbian or what. Ini real life pasal persahabatan oke. Kalau dah jumpe kawan sekepala memang non stop la bercakap kan. Lagi la kami susah nak jumpa lagi la banyak cerita. Kami kalau berjumpa bagi 3 hari bercakap pon tak cukup. kan Nad kan? haha


Kami biasalah, benda wajib. window shopping, minum coolblog, jalan jalan, movie. 
Kami jumpe dalam pukul 2 lebih, jalan punya jalan sampai tak ingat dunia pukul 4 baru terhegeh nak pergi tengok movie. haha Kami tengok The Evengers tau. :D


yang bencinye cerita to punya la lama gila hampir pukul 7 kot baru habis. Dah la parent yang datang amek. Hm dapat bebel la kan sebab lambat. haha


Tapi sempat la juga jumpa umi dan adik nad. Umi nad cakap saya dah gemukkk! haha. Memang pon umi say ni asek makannnn je. Non stop makan. kekek


Aku cuti dulu sebelum Nad tapi dia akan naik sem dulu. Sebab dia kat matrikulasi. 2haribulan 6 ni dia dah balik Penang dah. wuwu. Sedihnya. Nanti ea hujung tahun kita planning betul-betul kita datang Penang ea. Kita dating kat sana pulak. hehe


Kalau dah keluar wajib lah ada gambar comel.


i love youuu <3



vibrate. sebab abah yang amekkan gambar ni. hehew 

Tenth Entry

Assalamualaikum.


Nazhan Rashdan Bin Rudi Rokimi


19 haribulan 5 harito rumah atok aku adakan kenduri akikah dan potong jambul untuk my new cousin, Nazhan Rashdan. How? Sangat meriah oke. Ramai orang kampung datang, sedara mara, kawan-kawan makcik pakcik. Yelah akikah seekor lembu. Ada macam nak buat kenduri kahwin kan. 




Seriously, minggu lepas sangat-sangat busy untuk buat persiapan ni semua. Termasuk aku lah mem-busy-kan diri kena buat cokelat. Ini permintaan makcik aku suruh buatkan. Dia bagi modal aku buatkan jelah. Sekali sekali cari pahala kan. Fyi, aku kena buat hampir 600 biji cokelat. Dan kesemua cokelat to aku buat sorang-sorang tanpa bantuan dari sesiapa pon.  teror tak? hehe. Tapi penat dia jangan cakap lah. of course la penat kan dah macam orang bekerja la. 


Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Syukur. Masa majlis to aku ditugaskan untuk bawak bunga rampai. hehew :)






non edit 

dah ada gaya boleh jadi mak baby tak? keke 



dunia akhirat dia sorang je adik yang aku ada.

Monday, May 7, 2012

Ninth Entry

Assalamualaikum.


Semenjak bergelar mahasiswi ni. cewahh mahasisiwi la sangat kan. macam skema je. haha. Bila dah bergelar student yang tinggalnya jauh dari mak bapak ni hidupnya berbeza sangat. ya sangat! Contohnya dulu mak engkau la yang masakkan untuk kau waktu pergi sekolah dengan balik sekolah. Bukak tudung saji je memang dah tersedia dah untuk kau melahap. Tapi kat kampus tak macam to, kau kena rajin kan diri kau cari makanan sendiri. Kalau pemalas sangat memang maggi jela jadi makanan kau orang kan. Macam aku la hihi. Makan maggi sambil baca novel. haha eh novel?  apa ni tiba-tiba.


Sebenarnya topik ni la aku nak cerita kat kau orang. Novel. Siapa minat baca novel? Cepat angkat bulu mata. Tak lawak pon kbye. Dulu aku langsung tak minat baca novel ni. Pernah baca pon sekali dua je. Tak perempuan la kan tak baca novel. hikhik. 


Masa kat sekolah dulu kawan-kawan aku adalah dua tiga orang yang minat baca novel. Lepas to merebak la virus baca novel ni. Lagi-lagi kalau lepas exam mula la sesi pinjam meminjam. Yang best to main cop-cop tau. Si Jemah ni pinjam buku dari Si Kenit. Si Jemah ni baca pon tak lagi buku to tapi Si Peah ni dah beria-ria cakap lepas kau habis baca bagi aku pulak pinjam ea. Seakan-akan begitulah dialognya. Kadang diorang sembang pasal novel. fuhh layan pulak aku. Memang tak la. 


Dah masuk life campus lain pulak jadinya, ingat lagi masa to filem ombak rindu akan keluar. Kawan aku cakap cerita to dari novel. Aku pon ohh jela. Sebab aku memang tak masuk pon kalau cerita novel-novel ni. Kawan aku to memang peminat tegar novel. Pernah dia bawa masuk bilik novel Cinta Kontrak. Aku tengok dia macam syok je baca sampai menangis. Aku pon try la baca novel to sampai habis. 


Lepas to, rezeki sebagai student dapat voucher RM200. So, aku pon mula la misi aku untuk membeli novel sendiri. Sampai la sekarang tempat first yang aku tuju kalau masuk bookstore ialah novel. hihi


Rak ni abah belikan sebab mak bising je novel 
aku to bersepah sana sini. hekhek. Rak ni tersusun dalam bilik aku.



Koleksi aku. Dari kiri
4 komik - voucher
Kan Ku Kejar Cinta Mu -voucher
Akhirnya Aku Kahwin -voucher
Ombak Rindu 2 & 3 -my EX
Pahitnya Madu -Shahrul
Sisa Cinta Kita -duit sendiri. hehe

Novel aku ada lagi yang lain aunty aku pinjam. Sekarang aku dah pasang angan-angan, kalau aku dah kaya nanti dah ada rumah sendiri aku nak ada perpustakaan mini dalam rumah aku. hehe. This is only my hobby to share. Aku cerita pasal novel je. Kalau majalah Remaja to aku setiap bulan beli tapi lepas to kumpul-kumpul jual kat surat khabar lama. Menyesalnye -.-