Ini entry bersambung. Klik untuk ke entry sebelumnya > Thirteen Entry
Kalau entry sebelum ni aku cerita kan pasal perjalanan aku naik sampai ke puncak. Untuk entry ni aku cerita pengalaman berada di puncak dan semasa turun ke bawah.
Dah ready? vroooooomm. eh kita jalan kaki bukan naik motor. hehe. Lets go.
Ni untuk kali kedua aku sampai ke puncak. first time masa zaman sekolah menengah lagi, ramai-ramai dengan budak sekolah. Tiada gambar pon sebab masa zaman to handphone aku tak secanggih sekarang. kahkah.
Ehem! Ainur, Wani dan Ros. Silalah jelessss puas-puas sebab gambar kau
orang tak ada kat board ni kan. Kesian kau orang. Sedih. Aku turut bersimpati. hehe.
Yang wani beria tolong amek gambar aku bebanyak sampai dia sendiri terlupa nak bergambar. peace!
Kat atas puncak to tiada ape yang special pon sebenarnya. Keadaan seperti dahulu cuma bezanya sudah ada pencawang elektrik. Bila ada pon aku tak tahu tapi coverage di puncak sangat mengecewakan.
Di puncak harapkan board 'Kemuncak Gunung Lambak' dan sebuah pondok usang yang telah dicontang-canting oleh mereka yang kononnya sweet memory la kan dah sampai puncak to wajib tulis nama mereka. Padahal ni adalah satu vandalisme. cehhh. So, lepas ni kena la request pokok untuk gantung padlock or tampal something yang special kat atas to. Baru la ala-ala korea tak gitu. haha
Setelah berjam-jam berborak di pondok usang itu, tak payah nak berjam sangat la syima. 45minit je. -.- Pukul 10 pagi kami gerak untuk turun ke bawah. Untuk pengetahuan untuk mendaki ke gunung ni banyak jalan. Semasa mendaki tadi kami ikut jalan hadapan so untuk turun kami ikut jalan belakang.
Out to base.
Kalau mendaki kaki cuma hanya akan penat tambah sakit-sakit otot
tapi kalau turun kaki kau orang akan menggigil siap kuku jari kaki akan melecit. Habis hilang wang hantaran aku seribu -.- haha
Sungai kecil yang turun dari bukit. Siapa yang dahaga sangat to boleh la minum kot tapi aku tak sanggup takut-takut ada kencing tikus. Tapi Zul minum, Alhamdulilah tiada apa yang berlaku. selamat je. hehe
Dalam pukul 11.30 kami berjaya sampai ke bawah. Alhamdulilah. Segalanya baik dan tiada perkara yang diingini berlaku.
Next time, kita pergi lagi ye. Lepas ni ajak kawan lagi ramai lagi besttt. Sesiapa nak join kami lepas ni silalah inbox aku. kahkah








No comments:
Post a Comment