Monday, June 11, 2012

Seventeen Entry

Assalamualaikum.


*sila baca dengan nada yang sedih dan rasa simpati. tolong ehh


sejujurnya jiwa saya memang tiada di sini. :'(

Tujuan utama entry ni di tulis adalah nak beritahu yang saya sudah pon selamat sampai ke UITM tercinta ni. UiTM Di Hatiku. Cewaahhhh! Sudah dua malam saya bermalam di sini ya anak-anak. Ya sekarang saya berada di bilik dan kolej yang lain kerana kolej saya yang dahulu Kolej Tun Hamzah sudah tidak lagi memerlukan perkhidmatan saya lagi sebagai penghuni di sana. *lap air mata


Maka sekarang saya menjadi penghuni yang baru di Kolej Tun Teja. Ya kerana kolej ini sudah membuat saya dua malam menangis sendirian. Bukan kerana homesick tetapi kerana kolej ini sendiri. Saya ulang kerana kolej ini. Seriously saya bukan tidak bersyukur kerana layak mendapat kolej. Tetapi terasa diri saya di sabotaj oleh pihak UiTM kerana memberi bilik saya yang maha tinggi setinggi dakian ke Gunung Kinabalu. ktipu. Sebenarnya bilik saya di tingkat 4 like wowww! Tak payah aku nak exercise cukup lah aku berjalan naik tangga ni hari-hari.


Lagi keadaan bilik ini yang kurang menyenangkan saya kerana ada gangguan bunyi kipas di atas syiling yang amat menggerunkan saya untuk tidur malam. Bilik saya ini stay berdua. Bagaimana jikalau saya keseorang di dalam bilik. Tidakkah membuatkan saya tidak tidur malam? Sungguh sadis bukan nasib saya di sini. kesiannn.


Yang menyedihkan lagi apabila bilik air berdekatan dengan bilik saya hanya boleh digunakan dua bilik air sahaja daripada enam bilik air. Lagi empat bilik air sangat tidak berfungsi kerana ketiadaan air. Dah la empat2 to jamban. Macam mana kalau nak kencing berak semua? Nak cangkung celah mana? Yang ni memang saya nak maki habes-habesan. Kenapa pihak UiTM tak check kerosakan ini? Kenapa tak ada amek tindakan ape-ape? Kenapa membiarkan siswi di sini menerima kesusahan ini? *lap air mata lagi


k dah cukup la entry kesedihan aku ni. Sepatutnya orang gembira sebab sudah masuk semester baru tapi aku ni pulak sedih. hahah


Yang berita menggembirakan saya rasa saya macam dah pasrah dan redha je dapat bilik macam ni. Eh gembira ke macam to? hahah. Ni gelak fake tolong faham oke. Nak mohon tukar bilik lain seperti tidak selesa apabila sebilik empat orang. Ohh sungguh tidak privacy lah kan. Pulak to saya tak biasa kalau dengar bising-bising ni. Demand la plak kau syima. hehew. Oke esok saya ada class lagi 8.30 pagi. byee :)

No comments:

Post a Comment