Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Aku ni jarang hang out dengan kawan-kawan. Bukan sebab aku ni anti-sosial ke apa. Tapi aku ni memang jenis kurang kawan. haha Aku kalau keluar pon selalu dengan kawan baik aku dan family jer okay :)
Hari sabtu lepas, 7 Julai kawan aku ajak pergi berjimba kat Wonderland Melaka. Sebabnya dia ada tiket untuk dapar harga murah. Kebetulan aku memang teringin sangat nak pergi sana dari sem lepas kot berangan nak pergi mandi kat sana. So, sem ni tersampai lah hajat aku nak pergi sana. hehe
Lepas subuh semua terus bersiap. Dah janji dengan owner sewa kereta pukul 8 pagi. Maklumlah kami student mak ayah kami tak mampu nak bagi kami kereta sorang sebiji so sewa la kereta. hehew Kami sepuluh orang. Barisan skuad dari kiri Borhan (patner Aimuni), Aimuni, Syima, Yana, Eja, Sue, Aida, Bella, Nani. Lagi sorang Hakima tengah snap pic ni :D
Harga asal untuk masuk Wonderland Melaka RM30 seorang, Kalau guna tiket Aida dapat harga RM15 seorang. Kebetulan semasa kami nak masuk to ada uncle to dia ada emergency case kot then dia bagi kami tiket free 4 adult 1 child and 10 voucher makan. Then aku grab la cepat cepat. So free la aku masuk sana. haha Masuk mandi free, makan pon free. Ohhh selesanya kehidupan. haha :D
Around 2pm, kami semua dah penat mandi, semua games kat sana kami dah naik. Dah puas manjakan diri dalam air So, teruskan misi seterusnya manjakan diri dalam mall pulak. haha parking kereta kat Dataran Pahlawan then lepak kat Mahkota Parade. Makan cake kat secret recipe and tengok movie Spiderman 3 lepas to balik.
with Nani cun :)
Ni gambar yang paling aku suke sekali. Happening gilaaaaaa :D
Girls next time kita outing sama-sama lagi oke. Kumpul duit banyak-banyak dulu. haha












macam best je. besar tak tempat dia? banyak games tak? banyak soalan la pulak. hehehe :D
ReplyDeletehehe its okay. bestt la. besar la jugak. games tak berapa banyak tapi semua games extreme. sangat bestt :)
Delete